Jalaluddin Bin Masot dilahirkan pada malam Hari Raya Aidil Adha,
9 Zulhijjah 1393 Hijrah bersamaan hari Rabu 2 Januari 1974 di rumah datuknya di Kampung Pinang 'A' Melaka. Negeri di mana
tempat EZHAR mula bertapak di Malaysia. Beliau adalah putera sulung kepada Haji Masot Bin Haji
Abdul Rahim dan Hajjah Faridah Binti Haji Ithnin.
Jalaluddin mempunyai 7 orang adik beradik, 5 orang putera dan 2
orang puteri; beliau dibesarkan di Kampung Cendana Kuala Lumpur yang juga tempat EZHAR
mula bertapak di Kuala Lumpur.
Jalaluddin
sangat meminati kompang sejak kecil lagi dan berhasrat untuk menyertai pasukan kompang ketika berumur 9 tahun, tetapi tidak
di izinkan oleh Almarhum ayahanda beliau pada ketika itu kerana ahli Kompang EZHAR di Kampung Cendana hanya
terdiri daripada orang dewasa sahaja. Oleh kerana tidak dapat bermain kompang ketika itu, beliau akan pastikan bunyi kompang
dapat didengar setiap kali ada latihan di Kampung Cendana. Jika menghadiri majlis perkahwinan Jalaluddin akan minta ibu dan
ayah beliau menunggu hingga pasukan kompang tiba mengiringi pengantin.
Pada
tahun 1986 Jalaluddin dan keluarga berpindah dari Kampung Cendana ke Bandar Baru Wangsa Maju, pada waktu itu kawasan perumahan
di Wangsa Maju baru saja dibuka. EZHAR Cawangan Wangsa Maju ditubuhkan pada tahun 1988 dan
didaftarkan pada tahun 1991. Pada tahun inilah bermula titik tolak Jalaluddin Bin Masot dalam Seni Kompang EZHAR,
apabila beliau menjadi ahli EZHAR Cawangan Wangsa Maju ketika usia 17 tahun.
Mula
aktif sebagai ahli biasa, 2 tahun kemudian sebagai Ketua Pasukan Wangsa Maju dan seterusnya sebagai Setiausaha Cawangan Wangsa
Maju hingga ke hari ini. Guru yang mengajar di Cawangan Wangsa Maju pada ketika itu hingga kini ialah Cikgu Alias Bin Md Ariff
salah seorang Khalifah terawal EZHAR di Kuala Lumpur.
Jalaluddin
pernah memimpin Pasukan Wangsa Maju menduduki Ujian Awal Berpasukan pada 24 Ogos 1994 tapi diminta untuk membuat Ujian sekali
lagi dalam tempoh 2 bulan. Sayang sekali ujian tersebut gagal diadakan kerana kurang mendapat sambutan dari
rakan sepasukan yang lain.
Jalaluddin
tidak putus asa, beliau telah pergi ke cawangan-cawangan lain untuk berlatih kompang, hinggalah bertemu dengan Cikgu Zainul
Abidin Bin Kassim; beliau menasihatkan Jalaluddin untuk berguru di bawah Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim yang pada ketika
itu sedang mempersiapkan gabungan Cawangan Kampung Puah RT dan Cawangan Taman Melati untuk menduduki Ujian
Berpasukan. Setelah mendapat restu daripada Cikgu Alias Bin Md. Arif beliau terus menyambung perguruan di
bawah bimbingan Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim hingga dikhatamkan oleh Pakguru Kesenian EZHAR Malaysia Tuan Haji Ramli Bin Haji Dawam pada hari Ahad 26 Julai 1998 di Kampung Puah RT. Selepas
dikhatamkan Jalaluddin terus bergiat aktif bermain kompang
untuk menambahkan lagi ilmu yang ada.
Jalaluddin
Bin Masot di Ijab Kabulkan dengan pilihan hatinya, Wan Suriana Binti Wan Hassan pada 9 Rabiul Awal 1422 Hijrah bersamaan hari
Jumaat 1 Jun 2001. Beliau telah dikurniakan tiga orang putera, Muhammad Aiman Asyraf [2002] Muhammad Arif Asyraf
[2006] & Muhammad Amirul Asyraf [2008] meninggal dunia 31-1-2008.
Jalaluddin
Bin Masot bertugas di Bank Islam Malaysia Berhad sebagai kerani dari tahun 1994 hingga ke hari ini.
Dalam tahun 2002 Jalaluddin telah dilantik sebagai Pembantu Khalifah dan ditugaskan untuk mengajar Cawangan
Kampung Puah Bahagia dan Cawangan Kelumpuk Teratai AU3.
Beliau telah dipilih menganggotai AJK EZHAR PUSAT bagi penggal 2003/2006 dalam Mesyuarat Agung EZHAR kali ke 6 di Shah Alam
pada 12 Oktober 2003. Pada bulan April 2004, beliau telah dilantik sebagai
Timbalan Ketua Zon Batu dan Ampang.
Jalaluddin
Bin Masot telah menduduki Ujian Bertulis Khalifah pada 11 Mac 2004, Ujian Praktikal Khalifah pada 10 April 2004 dan Ujian
Akhir Khalifah pada 18 Mei 2004. Pada 1 Ogos 2004 adalah hari yang amat bersejarah bagi diri beliau kerana pada tarikh
ini Jalaluddin Bin Masot ditauliahkan sebagai Khalifah @ Pegawai Adat Kesenian EZHAR
Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau menerima Selempang serta Watikah Pegawai Adat Kesenian EZHAR
dalam Majlis Perkhataman Cawangan Taman Alam Nyata daripada Pakguru Kesenian EZHAR Malaysia Tuan Haji Ramli
Bin Haji Dawam.
Pada 21 Mei
2005 beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha MJGG di Majlis Perkhataman Cawangan Desa Permatang
Jaya, Permatang Pasir, Jugra Banting Selangor.
Sekali lagi Jalaluddin
Bin Masot dipilih menganggotai AJK EZHAR PUSAT bagi Penggal 2006/2009 dalam Mesyuarat Agung
EZHAR kali ke 7 di Kuala Selangor pada 12 Ogos 2006 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua
Zon Kuala Lumpur dalam Mesyuarat AJK EZHAR PUSAT [Bil 01/01-06] di
Taman Batu Muda.
Pada 4 Februari 2007 beliau dilantik
sebagai Setiausaha MJGG dalam Mesyuarat Khas AJK EZHAR PUSAT [Bil 02/01-07] dan MJGG di
Kampung Teluk Menegun.
Cawangan yang telah dikhatamkan
oleh Cikgu Jalaluddin Bin Masot:-
1-Kampung
Melayu Wira Damai pada 26 Ogos 2006
Cawangan yang sedang di
latih:-
1-Taman Sejahtera Segambut
2-Bandar Tasik Kesuma Fasa
4 Beranang Selangor
3-Kampung Cheras Baru Bukit
"A"
Khalifah = Pegawai Adat
= Cikgu
Selain bermain kompang, kegemaran Jalaluddin ialah berkenalan & mendengar radio. Dari sekolah menengah
[1987 - 1991 Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas Kuala Lumpur] siaran radio yang menjadi halwa telinga Jalaluddin
ialah KLFM 97.2 fm. Beliau adalah antara pendengar @ Sahabat KLFM yang aktif. Nama sahabat yang digunakan ialah [JalalKompang
: 77077] [KompangLimitedEdition : 77] & [AimanAif : 111111]