JALAL KOMPANG

SEJARAH EZHAR
Home
BIOGRAFI
SEJARAH EZHAR
LAMBANG EZHAR
ZIKIR TRADISI EZHAR
ADAT BERADAT EZHAR
PUKULAN EZHAR
LAGU RASMI EZHAR
PAKAIAN EZHAR
SALASILAH GURU
SIJIL TAULIAH
SALASILAH PERGURUAN KESENIAN EZHAR
AHLI MAJLIS JEMAAH GURU-GURU
PROFIL PAKGURU
PROFIL PEGAWAI ADAT
AJK PENTADBIRAN EZHAR PUSAT
AJK PERHUBUNGAN ZON KUALA LUMPUR
PROFIL CAWANGAN ZON KUALA LUMPUR
JADUAL LATIHAN CAWANGAN ZON KL
UNDANGAN BERSEJARAH
CABARAN RAJA KOMPANG
KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN
TEMPAHAN PERSEMBAHAN

  

 

  1. Kesenian EZHAR pada asalnya adalah daripada Kesenian Silat yang berasal daripada PULAU BENTAN Sumatra Indonesia.


  1. Dari BENTAN Kesenian Silat ini telah di bawa ke BUKIT RADEN MAS, SINGAPURA oleh PAKGURU KANG MUNAJI BIN MUHAMMAD.


  1. Di Singapura Kesenian Silat EZHAR ini telah di pelajari oleh Pakguru yang kedua iaitu PAKGURU KANG JASMAN BIN ABDUL RAHMAN.


  1. Pakguru Kang Jasman kemudian telah menyambung usaha untuk mengembangkan Kesenian Silat ini di Singapura, diantara anak muridnya ialah MUHAMAD BIN KHALIL dan HAJI RAMLI BIN HAJI DAWAM.


  1. Setelah tamat mempelajari Kesenian Silat, anak-anak murid Pakguru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu Kesenian KOMPANG.


  1. Setelah di restui oleh Pakguru Kang Jasman, maka Kesenian KOMPANG EZHAR ditubuhkan.


  1. Rentak Pukulan yang terdapat dalam Kompang EZHAR adalah terdiri daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada masa itu.


  1. Sebahagian besar daripada zikir-zikir EZHAR dipetik dari sebuah kitab lama yang bernama DIWANUL HADRAH.


  1. Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan ES’HA iaitu singkatan bagi perkataan SETIA HATI & SUCI HATI (S.H) yang di sebut dalam Bahasa Indonesia. Apabila sampai di Singapura kesenian ini telah dikenali dengan sebutan EZHAR.


  1. Dari Singapura Kesenian EZHAR ini telah di bawa ke MELAKA oleh PAKGURU HAJI RAMLI BIN HAJI DAWAM di satu tempat yang bernama KG.SUNGAI DUYUNG / KG.JAMBATAN DUYUNG / KG.DUYUNG.


  1. Dari Melaka Pakguru Haji Ramli Bin Haji Dawam telah mengembangkan kesenian ini ke KAMPUNG CENDANA KUALA LUMPUR.


  1. Bermula daripada sini, maka berkembanglah Kesenian Kompang EZHAR ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor khasnya serta seluruh Malaysia amnya.

jalalkompang.tripod.com

   

COPYRIGHT JALAL KOMPANG @ KOMPANG EZHAR 2008