-
Penubuhan Cawangan
Baru hendaklah sekurang kurangnya 20 orang ahli yang berusia 13 tahun keatas lelaki dan wanita serta mempunyai kompang seramai
ahli.
-
Mengadakan Majlis Perasmian
setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan serta lafaz Ikrar Perasmian di hadapan Pakguru atau Pengerusi Negeri atau
Ketua MJGG.
-
Mempelajari Kesenian
EZHAR menerusi Cikgu (Jurulatih) bertauliah daripada Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR.
-
Menduduki Ujian Penilaian,
Ujian Awal dan Ujian Akhir yang di kendalikan oleh Majlis Jemaah Guru-Guru mengikut peringkat yang akan di tetapkan.
-
Mengadakan
Majlis Pengkhataman [Majlis Tamat Latihan] serta menyediakan bahan-bahan yang di tuntut seperti berikut :
-
Telur ayam
yang telah di rebus tanpa di kupas kulit seramai ahli.
-
Ketupat
yang telah di masak tanpa di potong sebanyak 44 biji.
-
Tempat bara, kemenyan
dan air jarang beserta gelas.
-
Sejadah.
-
Mengikuti
Majlis TAWASUL dan Ikrar Pengkhataman serta Penerimaan Akuan Ahli.
-
Anugerah
Selempang Merah kepada Pemimpin Seni.
-
Peyampain
Sijil Pengkhataman Cawangan dan Sijil Tamat Latihan Ahli.
SEBAB
TELUR AYAM & KETUPAT DIGUNAKAN DALAM KESENIAN EZHAR
-
Bagaimana sukarnya
menyempurnakan sebiji ketupat maka begitulah sukarnya mempelajari Kesenian EZHAR dengan mengikuti peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan Bahagian Kesenian dan Pentadbiran.
-
Ketupat
sebanyak 44 biji membawa bidalan supaya Persatuan dan Ahli-Ahli sentiasa selamat dan selisih Malaikat 44.
-
Diantara
telur dan ayam tidak sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan yang tepat mana dahulu, maka didalam kesenian EZHAR Ahli Baru
dan Ahli Lama sama sahaja tiada bezanya.
|